Pages

Survey :)

Monday, January 31, 2011

Over


Tangani Teman Kamu Yang 'Over'

Sahabat atau teman boleh membuatkan kamu semua rasa bahagia. Namun, ada juga yang membuatkan kamu semua rasa meluat dengannya kerana sahabat kamu ade pelbagai jenis karakter. Ada yang bersifat lucu, serius , dan bersahaja. Pasti, ada di kalangan kamu yang pernag berhadapan dengan sahabat yang OVER dalam segenap hal. Bagaimana cara untuk berhadapan dengan sahabat yang sebegini rupa?

Jom ikuti tips berikut:)






1. Teguran Berlapik 
- susah jugak sebenarnya untuk memberikan teguran kepada mereka yang bergelar sahabat, takut nanti bermasam muka. Tetap kalau tidak ditegur makin 'over' pulak jadinya. Demi kebaikannya, kamu perlulah memberi teguran secara berhemah. Di sini sahabat kamu boleh menjadi 'over' dalam berpakaian, bertutur, berkawan @ yang lain-lainnya.


2. Terima Seadanya
- Kalau itu sudah sebahagian daripada sifatnya, mungkin ada kalanya kamu perlu terima sahabat itu seadanya.
Tanpa kamu sedar ada kala sahabat yang 'over' turut menceriakan dan banyak membantu dalam kehidupan seharian kamu. Cuba kamu fikirkan.

3.Hindarkan
- Tidak ramai yang boleh menyesuaikan diri dengan individu yang 'over ini. Namun tidak kurang juga masih ada yang mampu menanganinya. Jika kamu bukan didalam kalangan orang yang penyabar atau bersifat 'cool' adalah lebih baik hindarkan diri kamu daripda bersahabat dengan mereka yang 'over'. Kelak nanti mendatangkan tekanan. Hakikatnya persahabatan yang terjalin bukan lah untuk menambahkan tekanan tetapi adalah untuk lebih menceriakan kehidupan. Dengan itu renung-renungkan.

4.Sedang-sedang sahaja.
- Biarpun 'over' mereka tetap sahabat kamu. Namun untuk kamu turut sama menjadi 'over' itulah perkara yang harus dielakkan. Lebih baik kamu bersifat sederhana saja.



5.Abaikan sahaja
- kenapa mesti terlalu memikirkan teman @ sahabat kamu yang over itu. Apakah manfaat yang kamu dapat?
untuk tidak merunsingkan fikiran kamu, abaikan sahaja teman kamu yang over itu.

6. Adakalanya perlu
- Mereka yang 'over ini ada waktunya diperlukan untuk memeriahkan sesuatu majlis.
Tanpa mereka yang over itu majlis akan menjadi hambar. Ternyata majlis keramaian sungguh ideal dengan insan-insan yang sebegini rupa.







No comments:

Post a Comment