Pages

Survey :)

Wednesday, March 9, 2011

Tips Persahabatan Sempurna

sorry kawan-kawan sebab dah lama x update blog PRS :)
jangan marah ya!

ok hari ni 'Aisyah nak kongsikan tips PERSAHABATAN SEMPURNA :)
semua ini dari apa yang Aisyah baca .
so hari ni nak kongsi dengan korang





anda ada KAWAN? Semua orang akan ada kawan, sahabat @ kekasih gelap.Tapi bagi Aisyah jika kita hendak mencari seorang sahabat adalah lebih baik sekiranya kita mencari sahabat yang mempunyai kesamaan yang ketara dengan korang. Kenapa? Sebab minat yang sama akan membuatkan tali persahabatan korang akan lebih akrab.Contoh : Aisyah suka baca buku novel. Jadi teman Aisyah pun suka beli, baca dan kumpul novel. Makna disini Aisyah boleh bertukar pelbagai buku-buku novel dengan kawan Aisyah sebab kitaorg ada minat yang sama terhadap novel. Korang faham x maksud Aisyah? ( ini contoh sahaja :) )

Perilaku yang baik. Ingatlah! Jika kita bijak dalam mengawal tingkah laku dalam perhubungan sesebuah persahabatan maka janganlah sesekali korang menyakiti hati kwn korang. Insyallah jika kita bijak dalam mengawal tingkah laku dan tutur kata yang baik nescaya kwn korang juga akan bersikap sedemikian terhadap korang.


Jika anda seorang yang sayangkan rakan korang, korang kena lah menerima segala keburukan,kebaikan rakan korang dengan seadanya. Korang kena ingat yang tidak semua manusia diciptakan untuk dilahirkan sempurna 100% dalam segala hal. Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang bisa membina tali persahabatan secara positif dan bukannya negatif. Jauhkan sikap dengki mendengki, tikam belakang kawan dan yang paling penting jangan cakap belakang!


Kawan yang baik adalah kawan yang sedia menerima pendapat rakannya tanpa membentak atau memprotes. Ingat! Biarpun korang tidak setuju dengan pandangannya akan tetapi belajarlah dari cuba menyembunyikan reaksi protesmu itu.Lain lah jika kawan korang jenis yang tidak kisah itu lain hal.Apa yang Aisyah cuba sampaikan ini melalui pengalaman sendiri dan sekarang Aisyah dah boleh terima pendapat orang lain :) Tq guys !


Sungguhpun kawan korang adalah yang terbaik buat masa sekarang tapi korang kena harus beringat sesekali biarkanlah kawan korang dengan dunianya sendiri. Bukan apa kawan korang pun memiliki sebuah kehidupannya yang tersendiri seperti korang juga :)

Sahabat yang sekepala selalunya akan selalu bertukar-tukar cerita. Tidak kisahlah ia dari sudut perkembangan semasa, peribadi,ilmu, hobi! Yang penting bukan GOSIP @ FITNAH sesama manusia sudahlah

Sentiasalah bersikap jujur dengan sahabat korang. Jika ada perkara yang korang x puas hati terhadap kawan korang maka eloklah korang berterus-terang dengan kwn korang tu. Tapi ingat! Jangan sesekali korang cuba berselindung dari menjadi seorang manusia yang talam 2 muka! Yang paling penting, korang kenalah cari masa dan tempat sesuai untuk berterus-terang. Bagi Aisyah, face to face is solution! Jangan lah korang menggunakan FB dan msg by phone untuk berterus-terang dengan kawan korang tu. Adab mesti ada jgk ok :)

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah rakannya dengan sebaik yang mungkin. Elakkan diri korang dari menjaja keburukan rakan korang kerana ia sedikit sebanyak boleh menyebabkan perhubungan korang dan kwn korang akan retak! Ingat kadang-kadang kerana mulut badan binasa! Renung-renungkan

Sahabat yang setia adalah sahabat yang sentiasa akan mendengar keluhan kita..tidak kira kita sedang bahagia, kemurungan dia akan tetap bersama :)


Sesungguhnya kita masing-masing dah besar untuk menilai sendiri apa yang patot kita lakukan. i'm not perfect, we all not perfect. Terima segalanya dengan hati yang terbuka untuk majukan diri kita . May ALLAH bless u  guys always.. 


pst: Aisyah minta maaf if entry hari ini ade sape-sape terase. Tapi percayalah entry kali ni xde tuju untuk sape-sape pun just untuk share korang sahaja :)


-AR-

No comments:

Post a Comment