Pages

Survey :)

Sunday, January 2, 2011

Facebook 2 :)

Assalamualaikum..


Di era siber ini boleh dikatakan hampir kebanyakan orang mempunyai akaun Facebook bermula dari budak-budak tadika hinggakan nenek pun ada Facebook dan apa y lebih menghairankan kambing biri-biri pun ada Facebook jgk haha.. Tidak dinafikan banyak kelebihan yang diperolehi drpd Facebook seperti bertemu kenalan yang lama , keep in touch dengan kawan-kawan , berkongsi idea, pengalaman, maklumat , upload gambar, chatting, komen dan lain-lain. Keseronokan ini bagaimanapun telah membawa implikasai buruk kepada pengguna iaitu ketagihan bermain Facebook .

Bagi golongan pelajar dan siswa, ketagihan terhadap Facebook ini menyebabkan beberapa kesan buruk :
  • malas mengulangkaji pelajaran,,last2 bile dh dpt result tulis status kt fb "menyesal dulu x study sbb sibuk main Farmville" haha
  • lewat menyiapkan tugasan @ assignment.. kadang2 bile jalan kt dlm fac tu rasa jeles plk tgk kawan2 duk mengadap laptop , terdetik kekaguman dlm hatiku kerana rajin bt assignment awal2 , sekali bila datang dekat rupa2nya duk main Facebook..haha
  • berjaga malam.. klu berjaga sbb baca buku xpe tp duk baca muka buku yang masalah tu.. akhirnya x dtg kuliah sbb bangun lewat.
  • malas melakukan aktiviti lain , termasuklah disini malas pergi meeting, malas g masjid malas bersukan , malas berjoging, so x hairan kalau pengidap sakit jantung di Malaysia meningkat saban tahun.. begitu juga risiko mengidap obesiti..
So di sini saya nak berkongsi sedikit tips untuk menghilangkan ketagihan bermain Facebook

1. Tentukan jadual.. ini bagi memastikan korang tidak selalu membuka facebook setiap masa.

2. Buang semua aplikasi seperti Farmville. Drpd korg bg makan kambing dalam farmville tu better korang bg makan dkt anak2 korang

3. X payah posting status yang remeh2 seperti nk bagitau hari ni korang makan maggi la , rindu kt datuk la..haha tensyen diriku ini baca status2 macam ni.

4. Banyakkan membaca buku @ buatlah aktiviti yang berfaedah
seperti berkompang dihalaman rumah jiran anda ke.. itupun kalau korang x kene lempar dgn tong gas oleh jiran anda kerana terlalu fade up dgn peranai anda..huhu

5. Jangan buka facebook sebelum siapkan tugasan. Selalunya kita saja2 nk usha2 sekejap facebook sebelum bt assignment tapi sedar2 dh hampir sejam kita duk mengadap facebook tanpa type satu huruf pun utk assignment.. this is very sad.

6. Deactivate account untuk beberapa tempoh seketika..bg y sedang menghadapi peperiksaan cara ini mungkin dapat membantu korang lbh focus kpd pelajaran.

7. Delete jer terus akaun Facebook anda. Inilah cara yang paling berkesan utk menghilangkan ketagihan.. 

renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment