Pages

Survey :)

Sunday, January 2, 2011

Facebook :)

Saya ada terbaca satu artikel yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Artikel ini adalah berkenaan dengan 
Bahaya nya Facebook dan 8 Cara Praktikal Bagaimana Untuk Mengatasi Ketagihan Facebook “.
Sila baca dan fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera.
Kita mempunyai pilihan, maka buatlah pilihan sebaik mungkin.




Hentikan penjajahan minda & penghambaan kepada Facebook

Pada mulanya rasa agak aneh saya menulis pasal ini. Walau bagaimanapun saya mula merasa betapa pentingnya untuk menulis artikel sebegini rupa. Memang diakui saya ketagih facebook (fb) setiap hari, jam dan saat. Ia telah menjadi sindrom yang tidak sihat. Memberi kesan kepada gaya hidup seharian yang mana terpaksa bergantung kepada Facebook untuk apa jua status update. Apakah ini satu bentuk ’slave’ penghambaan dan penjajahan minda atau ‘mind control’ era baru ? Saya membaca banyak rencana dan social networking site spt Facebook, Twitter, Myspace, Friendster dan lain-lain telah memberi kerugian kepada produktiviti negara seluruh dunia yang bernilai berbillion ringgit.
Malah Ustaz Zaharuddin sendiri pun telah mengingatkan tentang sudut bahaya facebook jika disalahguna termasuklah membawa dosa kepada diri dan juga kepada orang lain. Ini memang rasa mcm dah jadi kebiasaan pada rakan-rakan kita letak photo yang x menepati syariat dan disebarkan kpd seluruh ummat di dunia. Sama-sama berdosa bila kita lihat, komen dan membenarkannya. Nauzubillah…

Pengasas Facebook
Saya juga mengetahui keburukan fb ini ia digunakan oleh pihak CIA sebagai profile database dan mereka akan melihat latarberlakang kita serta pattern friends etc. Di samping melanggar privasi seperti alamat, no phone, email dan sebagainya. Bagi mereka yang menggunakan Blackberry sudah tentu lebih mudah ‘dimonitor’ oleh mereka yang mempunyai access di server Blackberry Messenger (BBM) di USA. Ini satu bentuk intipan (spying) terbaru yang turut direlakan oleh kita sendiri.
Usah terkejut… saya sudah mengetahuinya lama.. tapi masih menggunakan fb.
Malah fb juga ini bersikap totalitarian.. mereka boleh buat apa saja dengan profile kita dan boleh block, ban & disable account kita bila-bila masa tanpa notis. Saya dah alami ini pada Jun 2010 dan tidak mustahil ia akan berlaku lagi. Dan jangan terkejut jika saya telah dibanned dari fb kerana mereka mengetahui pattern saya ini sebagai hacker dari Malaysia. Hahaha… nonsense.. I dont really mind about it.. tapi ketakutan pihak fb sehingga mengambil tindakan agresif disable account saya itu mmg x boleh diterima. Saya anggap sebagai satu bentuk totalitarian dan dictatorship. Apakah saya ini seorang rebel atau guerilla ? sedangkan kebenaran tentang keburukan facebook akan terdedah satu demi satu dengan sendirinya tanpa saya sekalipun…

Oklah apapun saya sediakan 8 cara mengatasi ketagihan Facebook supaya saudara saudari mampu melihat dunia sebenar daripada bergantung kepada fb ini semata-mata. Selamatkan privasi kita, maruah dan masa berharga.



Ketahui 8 cara ini :

1. Admit that you have a problem
Mengaku bahawa diri kita mempunyai masalah ketagihan Facebook. Dengan ini kita tahu puncanya, dan mengambil serius untuk menangani masalah ketagihan ini dengan lebih pragmatik. Ini langkah terawal untuk setting minda kita dan bersedia untuk mengambil tindakan seterusnya.

2. Write down exactly how much time you spend on each site
Sila monitor pattern pengunaan internet anda dgn jujur.. berapa banyak masa seharian anda melayari internet utk melihat facebook semestinya lebih lama dari site lain.. Jika ini berlaku maka anda mmg telah membazirkan masa produktiviti terbaik dalam hidup seharian. Saya pun dah alaminya, masa nak mula kerja tgk fb, masa nk makan tgk fb, masa nak mandi pun kene tgk fb dulu… ia satu bentuk ‘penghambaan’ terbaru moden dan licik. Bila kita monitor masa surfing ini maka kita dapat detect site mana yang paling lama dan kurang produktif.

3. Give yourself a set time of the day to visit
Tentukan masa untuk melihat fb selama beberapa minit sahaja. Ini agak sukar tambah lagi mereka yang ada access facebook tambah lagi melalui handphone. Namun jika saudara boleh berdisiplin untuk kuarantinkan masa facebook dan focus kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah itu lebih baik. Saya rasa facebook ini umpama umpan untuk kita membuang masa daripada dunia yang sebenar. Fantasi yang fatamorgana untuk membunuh masa berharga manusia setiap hari.

4. Turn off email notifications
Hentikan email notifikasi facebook updates yang akan menjadi penghasut supaya anda kembali buka facebook. Ia juga umpan yang licik. Saya sudah matikan fungsi ini sejak tahun lepas dan tidak terima lagi apa-apa updates daripada facebook supaya dapat mengehadkan tahap ketagihan. Dan sekiranya anda guna Gmail boleh guna fungsi filter email untuk mengasingkan email daripada facebook daripada masuk ke inbox. Saya sudah settingkan ia masuk ke dalam trash ! .. its all garbage.. :) 

5. Meditate as soon as the thought arises
Oleh kerana penjajahan minda Facebook ini satu jenis perang psikologi, maka kita kene counter back dengan mindset yang lebih pragmatik. Apabila timbul rasa keinginan untuk membuka Facebook maka lihatlah implikasi Facebook yang memberi impak negatif kepada produktiviti kerja, prestasi menurun, membazir masa, wang dan emosi, malah mungkin membawa dosa atau menjadikan kita sebagai ’slave’ hamba Facebook kena mengadapnya setiap hari… Meditate… berfikir dan bermuhasabah diri.. apakah di dalam dunia ini hanya hidup disebabkan adanya Facebook ? mari kita kembali kepada fitrah asal manusia.. lihat alam sekelling, family dan rakan-rakan realiti serta rasainya secara ‘live & real’ berbanding apa yang ada dalam Facebook. Kita akan rasa lebih tenang apabila dekati alam fitrah semulajadi berbanding dunia fantasi Facebook ini.

6. Get off the computer
Ini langkah yang drastik. Sukar bagi saya nak explain sbb dunia saya sepenuhnya dengan komputer dan internet. Walau bagaimanapun, jika mahu hentikan ketagihan Facebook kita perlu praktikkan utk jauhkan diri daripada computer seketika. Mungkin aktiviti outdoor bersukan, bersosial dan networking secara face to face maupun lihat movie etc.. Saya juga sedang fikirkan bagaimana utk hentikan ketagihan facebook di samping ketagihan internet sekaligus. Ia memerlukan perancangan yang rapi.

7. Write down what you used to do before Facebook
Ini macam satu To-Do-List untuk menggunakan Facebook dengan lebih praktikal. Jika guna untuk advertising atau marketing maka focuskan kerja-kerja sedemikian sahaja. Elak main games atau buang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dalam Facebook. Listkan dalam 10 point utama utk sehari dari pagi sampai malam. Jika sudah sampai target maka tutup facebook dan kembali ke dunia asal. usah terbuai dengan fantasi Facebook.

8. Block the sites the REAL way
Sekiranya anda sudah mampu untuk membebaskan diri daripada penghambaan kepada Facebook maka boleh block sepenuhnya dengan teknik Hosts di Windows seperti di bawah :
Click START and then select RUN. In that box type notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts. A neat little Notepad will appear with a bunch of computer jargon on it. Scroll down to the last line of that code and type 127.0.0.1 facebook.com. After that Facebook will never show up on your PC again. You can substitute the domain for any other domain that you do not want to view.

KESIMPULAN
Ketagihan Facebook jika tidak ditangani dengan baik akan membawa lebih byk mudarat daripada manfaat. Saya sudah lihat banyak kes perceraian dan pembunuhan berkaitan dengan Facebook. Ada lelaki yang mengaku single sedangkan dah berkahwin dan bila terkantoi dengan isteri mulalah rumahtangga goyang dan akhirnya bercerai. Manakala kes pembunuhan di luar negara dan pedophiles juga meningkat apabila anak-anak perempuan kita secara terbuka mendedahkan maklumat peribadi dan memudahkan orang lain mengambil kesempatan utk merogol dan membunuh. Ini satu bentuk ancaman yang merbahaya.
Saya sebagai Internet Marketer dan juga sebagai webmaster tidak dapat menolak kemungkinan ketagihan ini akan merebak luas di Malaysia. Semua orang ada Facebook dan terang² CIA menggunakannya utk menyiasat dan mengintip identiti kita dari pelbagai sudut. Privasi sudah dilanggar dan saya sudah dibanned serta disekat utk access Facebook sebelum ini tanpa notis. Ini cukup tidak adil, dan tiba masanya kita perlu menggunakan Facebook dengan cara yang lebih sederhana. Hentikan ketagihan Facebook dan hiduplah secara normal di alam nyata. Kembali pada fitrah dan bebaskan diri daripada penjajahan minda serta penghambaan kepada Facebook.
Selamat maju jaya.


Artikel di tulis :  Saudara Fahmy (www.RahsiaEbiz.com)

No comments:

Post a Comment